Aplikasi MyHRMIS Profil merupakan satu lagi inovasi baharu yang dibangunkan oleh JPA untuk membolehkan penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah dikunci masuk ke dalam Aplikasi HRMIS. Pengguna yang telah mendaftar dengan MyHRMIS Cuti tidak perlu mendaftar semula untuk aplikasi ini.
Fungsi dalam Aplikasi MyHRMIS Profil:
1. Maklumat Peribadi : Memaparkan maklumat peribadi dan alamat tetap pegawai.
2. Maklumat Pendidikan : Memaparkan maklumat pendidikan pegawai.
3. Maklumat Keluarga : Memaparkan maklumat keluarga pegawai. Elemen yang dipaparkan adalah elemen yang digunakan oleh eGL.
4. Maklumat Anugerah : Memaparkan maklumat anugerah yang diterima oleh pegawai sepanjang perkhidmatan.
5. Maklumat Sejarah Perkhidmatan : Memaparkan sejarah perkhidmatan pegawai.